Seri Dengan Stoke, Rooney Catat Rekod Penjaring Terbanyak Kelab

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 7:24 AM

Wayne Rooney (kiri) dan Bobby Charlton. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

BINTANG Manchester United, Wayne Rooney menjadi wira dalam pasukannya yang nyaris kalah kepada Stoke City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Rooney berjaya mengikat kedudukan seri 1-1, menerusi gol yang diperolehinya pada masa kecederaan, sebelum wisel penamat separuh masa kedua ditiup.

Walaupun hanya mencatat keputusan seri, tambahan satu gol itu cukup bermakna buat Rooney yang mencatat rekod peribadi dalam perlawanan ini.

Rooney kini menjadi penjaring gol terbanyak kelab itu secara rasmi dengan 250 gol, mengatasi rekod gol legenda United, Bobby Charlton yang mencatat koleksi 249 gol pada 25 Mei 1970.


Pada musim ini, Rooney baharu menyumbat masuk lima gol daripada 26 permainan.

Tetapi dalam empat pertandingan terakhir, Rooney berjaya meledakkan dua gol.

Ini mampu menjadi 'modal' buat Rooney untuk meyakinkan Mourinho bahawa dia masih layak bermain dalam kesebelasan utama United walaupun tampil dengan persembahan kurang memberangsangkan dan menerima kritikan hebat sebelum ini.

Pencapaian Rooney itu juga mendapat pujian bekas jurulatih Sir Alex Ferguson dan Jose Mourinho.

Alex yang telah membawa masuk Rooney dari Everton pada 2004  berkata Rooney adalah pemain yang layak mendapat gelaran itu.

"Wayne Rooney sangat layak untuk masuk dalam buku sejarah kelab hebat ini (Manchester United). Saya mengucapkan tahniah kepada Rooney atas kejayaannya mencatat rekod ini," kata Ferguson kepada laman rasmi kelab.

Mourinho turut memberikan pujian kepada Rooney. Keputusan Mourinho memasukkan Rooney untuk menggantikan Juan Mata nyata tidak sia-sia.

"Rekod yang dipegang Rooney adalah satu rekod milik kelab terbesar Inggeris dan salah satu kelab terbesar di dunia."

Dalam perlawanan di markas lawan, United ketinggalan 0-1 pada minit ke-18 apabila umpan tarik Erik Pieters terkena kaki Juan Mata sehingga bola masuk ke gawang De Gea.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan