Ramos Tetap Wira Real Madrid Walau Diselubungi Kontroversi

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 8:00 AM

Sergio Ramos. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid harus berterima kasih kepada kapten, Sergio Ramos yang menjadi wira dalam pertandingan menentang Malaga di Santiago Bernabeu, awal pagi Ahad.

Los Blancos menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Ramos menyumbangkan dua gol ke gawang Malaga yang dikawal oleh Carlos Kameni.

Gol pertamanya bermula daripada tendangan sudut yang diepaskan Toni Kroos pada minit ke-35 dan diakhiri dengan tandukan pemain berusia 30 tahun itu.

Selang lapan minit kemudian, Ramos kembali menunjukkan kehebatannya dalam menyambut bola mati (set piece) di mana Kroos sebagai pengumpan.

Bola yang berada di dalam kotak penalti berjaya dijadikan satu gol oleh bekas pemain Sevilla tersebut.

“Kita tahu apa yang Sergio boleh lakukan, terutama daripada bola-bola mati.

"Dia luar biasa hari ini, dia menjaringkan dua gol," kata jurulatihnya, Zinedine Zidane.

Seperti perlawanan sejak kebelakangan ini, Ramos turut tampil dengan kontroversi dalam perlawanan ini.

Sikap emosionalnya dapat dilihat pada babak pertama di mana dia telah menolak pemain lawan hingga terjatuh, tetapi pengadil tidak mengenakan sebarang hukuman terhadap insiden ini.

Ketika menentang Sevilla di Copa del Rey pemain pasukan kebangsaan Sepanyol ini berjaya meledakkan gol, tetapi dalam meraikan golnya itu, dia dilihat mengejek penyokong lawan.

Ramos bersikap demikian kepada penyokong bekas kelabnya itu kerana sepanjang perlawanan, penyokong tegar Sevilla sering menyanyi dan melontarkan cacian kepadanya.

Dalam perlawanan menentang Celta Vigo beberapa hari kemudian yang berakhir dengan kekalahan buat Los Blancos, sebuah video menjadi viral menunjukkan Ramos sengaja meludah pemain lawan.

Real Madrid kini berada di puncak liga dengan 43 mata, manakalan Sevilla berda di bawahnya dengan 39 mata.
Tags / Kata Kunci: Sergio Ramos , La Liga , Real Madrid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan