Nainggolan Bukan Untuk Dijual - AS Roma

Diterbitkan: Ahad, 22 Januari 2017 8:20 AM

Radja Nainggolan

(Ubah saiz teks)

TIDAK mahu kehilangan salah seorang bintangnya, AS Roma akan menghentikan usaha Chelsea untuk mendapatkan pemain Radja Nainggolan dengan menawarkan kontrak baharu bersama nilai lebih tinggi, menurut laporan Calciomercato.

Skuad asuhan Antonio Conte sebelum ini dikaitkan dengan khabar perpindahan Nainggolan, pemain kebangsaan Belgium, namun AS Roma tidak mahu melepas pemainnya yang berusia 28 tahun itu ke kelab Liga Perdana Inggeris.

Kontrak Nainggolan akan tamat pada musim 2019/20, namun dia dikatakan menuntut gaji sekitar £70,000 seminggu untuk terus bertahan kelab Serie A.

Pemain ini sudah bermain dengan AS Roma sejak 2014 dan menjadi pemain penting untuk kelab.

Sebenarnya, Nainggolan sudah menarik perhatian banyak pasukan sejak musim panas lalu. Namun AS Roma sudah menegaskan tak akan menjual Nainggolan ke kelab-kelab  mana sekali pun.

Dan kenaikan gaji  untuknya adalah langkah pasti yang ditunjukkan As Roma bahawa mereka serius untuk tidak menjualnya walau tinggi mana pun tawaran harga diterima.
Tags / Kata Kunci: AS Roma , Serie A , Radja Nainggolan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan