Kad Merah 'Bunuh' Kami - Tunku Ismail

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kad merah telah 'membunuh' pasukan itu untuk mencipta hatrik pada perlawanan Piala Sumbangsih 2017 yang berlangsung Jumaat malam.

Beliau berkata, JDT menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang sebelum layangan kad kuning kedua ke atas pemain sayap, S. Kunalan pada waktu kecederaan sebelum separuh masa pertama tamat mengubah segalanya.

"Ia adalah kad merah pada saya kerana ia kad kuning kedua yang jelas. Dengan 10 pemain adalah mustahil untuk bertahan dengan "ball possession" atau memberi tekanan yang lebih kerana anda akan mendedahkan pertahanan dan intensiti kecergasan pemain.

"Jika kita menerima kad merah pada 60 atau 70 minit permainan ia masih okay lagi. Tetapi untuk menerimanya sebelum separuh masa kedua saya tahu permainan tidak akan memihak kepada kami.

"45 minit untuk menentang 11 pemain bukanlah mudah. Satu-satunya pilihan anda adalah untuk bertahan dan melakukan serangan pantas "counter attack", Jadi selepas menerima kad merah permainan telah pun tamat bagi saya," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Sabtu.

Menurut Tunku Ismail, nasib JDT pasti berbeza sekiranya mereka kekal bermain dengan 11 pemain.

"Bagi saya jika kami bermain dengan 11 pemain ia akan menjadi cerita yang berbeza. Anda boleh melihat kami telah memberi "high pressing"," katanya.

Namun beliau tetap gembira dengan prestasi pasukan apabila tetap berusaha memberi tentangan sengit kepada Kedah yang hanya mampu seri 1-1 meskipun menentang 10 pemain JDT.

Malah, beliau yakin pasukan itu akan menjadi semakin baik pada masa akan datang.

"Akan ada penambahbaikan untuk jangka masa panjang dan itulah apa yang kita ada ketika ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong JDT atas sokongan anda dan kami amat menghargainya.

"Masih ada 47 perlawanan untuk dilalui. Perjalanan masih jauh. Akan ada beberapa perubahan lagi menjelang bulan Jun untuk mencapai sasaran dan kita akan melihatnya nanti. Jadi jangan sedih. Ia bukan pengakhiran dunia ini," katanya.

Pada perlawanan Jumaat malam itu, JDT gagal mempertahankan trofi Piala Sumbangsih selepas tewas kepada Kedah menerusi penentuan sepakan penalti.

Liridon Krasniqi muncul wira skuad Helang Merah apabila menyempurnakan sepakan kelima untuk menjadikan keputusan 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit perlawanan.




Tags / Kata Kunci: JDT , Kedah , Piala Sumbangsih 2017

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan