Antonio Valencia Bek Kanan Terbaik Dunia - Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 21 Januari 2017 7:47 AM

Jose Mourinho (kiri) bercakap sesuatu kepada Antonio Valencia ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur Disember tahun lalu.-fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho menegaskan bahawa Manchester United mempunyai bek kanan terbaik di dunia iaitu Antonio Valencia.

Valencia, yang telah menjadi tulang belakang dalam pasukan United sebagai 'full-back' di bawah Mourinho akan kekal di Old Trafford untuk sekurang-kurangnya setahun lagi selepas kelab itu memilih untuk melanjutkan kontrak semasanya sehingga Jun 2018.


Pemain berusia 31 tahun itu telah membuat 23 penampilan di bawah Mourinho musim ini dan Mourinho menjelaskan mengapa penting untuk kelab itu mendapatkan khidmat Valencia selama 12 bulan lagi.

"Saya tidak fikir ia adalah satu penghargaan, saya tidak melihatnya dalam perspektif ini," kata Mourinho kepada MUTV.

"Saya rasa dia adalah bek kanan terbaik yang pernah dimiliki. Tidak ada lagi bek kanan yang sebaik dirinya dalam bola sepak. Kami hanya perlu pastikan pemain terbaik kekal.


"Satu keistimewaan bagi kami apabila mempunyai seorang lelaki dan pemain yang baik."


Pada November, Mourinho mengakui dia telah lama mengagumi Valencia dan telah cuba untuk menandatangani pemain itu semasa bersama Real Madrid.

Walaupun Valencia tidak bermain di bek kanan pada masa itu, Mourinho menegaskan dia percaya bahawa pemain ini mampu menjadi 'fenomena' dalam posisi itu dan nampaknya pendapatnya tidak berubah sehingga kini.
Tags / Kata Kunci: Antonio Valencia , bek kanan , Jose Mourinho

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan