Piala Sumbangsih: Tidak Mustahil - Tan Cheng Hoe

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 9:09 AM

Tan Cheng Hoe

(Ubah saiz teks)

"MEMANG susah, tapi bukan mustahil untuk menang ke atas JDT (Johor Darul Takzim)," demikian kata Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menjelang saingan merebut Piala Sumbangsih pada Jumaat malam.

Kedah yang merupakan juara Piala Malaysia akan bertandang ke Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos bagi menentang JDT yang berjaya menjuarai Liga Super bagi memulakan Liga Malaysia musim ini.

Menurut Cheng Hoe, segala persiapan bagi menghadapi musim ini telah dibuat dan kini tanggungjawab terletak pada pemain dalam memastikan kemenangan menjadi milik skuad hijau kuning.

Jelasnya, bagi membawa pulang Piala Sumbangsih, pemain perlu mematuhi segala arahan dan memberi fokus sepanjang permainan berkenaan.

"Sudah pasti sebagai juara Liga Super 2016, JDT menjadi pasukan pilihan dalam perlawanan ini. Walaupun mereka mempunyai beberapa muka baru termasuk pertukaran ketua jurulatih tetapi itu bukan jalan mudah buat Kedah.

"Sebagai juara Piala Malaysia musim lalu, sudah pasti kita juga mahu membuktikan kemampuan sebenar. Dengan kehadiran dua pemain import baharu iaitu Zac Anderson dan Ken Ilso Larsen serta dua pemain tempatan Fitri Omar dan Akram Mahinan, ia akan meningkatkan lagi kemampuan kita.

"Kita juga mempunyai 90 peratus pemain yang berjaya menjuarai Piala Malaysia dan mereka memahami apa yang diperlukan dalam perlawanan seperti ini dan bagaimana bagi mengurangkan tekanan permainan di tempat lawan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, pemain Kedah diingatkan supaya menjaga mental dan tidak melakukan kesalahan yang akan memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.

Jelasnya, kesebelasan terbaik akan diturunkan ketika berdepan lawan malam ini mereka perlu memberi cabaran semaksimum mungkin kerana JDT beraksi di gelanggang sendiri.

"Kita akan jadikan iktibar dalam pertemuan sebelum ini untuk memperbaiki kelonggaran yang ada dan akan berusaha sebaik mungkin.

"Saya yakin pangalaman yang ada pada pemain Kedah juga mampu untuk kita mendapat kemenangan dalam perlawanan ini.

"Gandingan Ken Ilso, Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi serta diperkuatkan lagi dengan pemain tempatan mampu memberi cabaran hebat kepada pasukan tuan rumah.

"Apa yang lebih penting, pemain perlu berusaha sepanjang permainan dan berjuang demi kemenangan sulung dalam Liga Malaysia musim ini," tegas beliau.

Tags / Kata Kunci: Kedah , JDT , Piala Sumbangsih

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan