Liga Super: Kafa Sasar Kelantan Dalam Kelompok 10 Terbaik

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 3:14 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyasarkan skuad The Red Warriors (TRW) berada dalam kelompok kedudukan kesepuluh teratas, dalam saingan Liga Super musim ini.

Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata pada saingan musim ini, Kelantan hanya tampil sebagai pasukan 'underdog' yang akan memulakan aksi dalam Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, malam Sabtu.

"Piala Malaysia dan juga Piala FA, kami tidak meletakkan sasaran (untuk menjuarainya) khusus untuk tahun ini, asalkan mereka (pemain) kompetitif dan menunjukkan kualiti permainan yang bagus pada setiap perlawanan.

"Kami tiada tekanan untuk mendapatkan piala, hanya mahukan Kelantan terus kekal dan dapat beraksi dalam saingan Liga Super musim depan yang musim 2018 kami berhasrat membina pasukan terkuat dalam sejarah bola sepak negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jersi 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di sini, Jumaat.

Pada majlis itu, Kafa turut memperkenalkan barisan pemain skuad TRW, jersi rasmi pasukan dan penaja utama Kelantan musim ini.

Mengenai penyertaan beberapa bekas pemain Kelantan yang pernah membantu TRW memenangi tiga kejuaraan pada 2012 dalam TRW musim ini, Annuar berkata kehadiran mereka tidak boleh dibandingkan seperti kecemerlangan yang dikecapai  mereka pada masa lalu.

"Bola sepak adalah realiti, banyak pasukan yang bersaing sudah melakukan perubahan, kami perlu melihat ke hadapan untuk kemajuan.

"Kehadiran mereka untuk membantu memperkuatkan pasukan bagi mengulangi pencapaian enam tahun lalu dan pasukan perlu bekerja keras lagi," katanya.

Antara pemain berkenaan ialah pemain import dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar, S. Subramaniam, Mohammad Ab Aziz Ismail dan Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Daudsu Jamaluddin.

Sementara itu, dua pemain import baharu yang sah beraksi bersama Kelantan musim ini ialah Mamadou Danso, 33, dari Gambia dan Alessandro Padovani Celin, 27, dari Brazil. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kafa , TRW

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan