FAM Kurangkan Hukuman Terhadap PAFA

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk mengurangkan hukuman selepas meneliti rayuan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM, Datuk A. Gnanarajah berkata jawatankuasa berkenaan yang bersidang pada Khamis, bersetuju mengurangkan hukuman bermain tiga perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri kepada dua perlawanan, kepada PAFA namun ia hanya berkuat kuasa pada 4 Februari ini.

Sehubungan itu, penonton dibenarkan menyaksikan aksi sulung Liga Super di antara Perak dan Pahang di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu (21 Januari, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM, Khamis.

Beliau, bagaimanapun memaklumkan denda sebanyak RM47,500 yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas PAFA pada 2 November lepas, dikekalkan.

Hukuman terbaharu itu menyaksikan Perak akan beraksi tanpa kehadiran penyokong pada aksi Liga Super menentang Melaka United pada 4 Februari, selain aksi pusingan kedua Piala FA berdepan pemenang perlawanan antara Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia atau SAMB FC dari Melaka pada 15 Februari ini.

Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini mengenakan hukuman tiga perlawanan tanpa kehadiran penonton selain denda RM47,500 kepada PAFA.

Ia susulan tindakan liar penyokong Perak yang membaling botol minuman ke arah penyokong Johor Darul Tazim (JDT) sehingga mengakibatkan kes kecederaan kepada penyokong lawan pada aksi Liga Super di antara Perak dan JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 6 Ogos lepas.

Dalam pada itu, Gnanarajah memaklumkan jawatankuasa berkenaan menolak rayuan dikemukakan pemain Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan pada 1 September lepas.

Beliau berkata denda RM2,000 dikenakan ke atas pemain berkenaan, dikekalkan malahan hukuman penggantungan daripada bermain dalam kesemua pertandingan Liga Malaysia turut ditingkatkan daripada enam bulan kepada tujuh bulan.

Keputusan terbaharu itu menyaksikan Mohd Hairol yang menjalani hukuman penggantungan sejak 1 September lalu, hanya dibenarkan kembali beraksi selepas 31 Mac ini.

Mohd Hairol sebelum ini dijatuhkan hukuman denda RM2,000 dan digantung beraksi selama enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati bersalah berkelakuan ganas terhadap pengadil perlawanan semasa aksi Piala Malaysia 2016 di antara Kedah dan Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 13 Julai. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , PAFA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan