Atletico Madrid Menang Besar Atasi Eibar

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2017 7:32 AM

Pemain Atletico meraikan kemenangan mereka.

(Ubah saiz teks)

ATLETICO Madrid mempunyai kelebihan besar menjelang perlawanan pusingan kedua suku akhir Copa del Rey minggu depan selepas menundukkan Eibar 3-0 di Stadium Vincente Calderon, awal pagi Jumaat.

Pengurus Atletico, Diego Simeone menurunkan barisan pemain terkuatnya yang mendominasi hampir keseluruhan permainan.

Penjaring terbanyak Atletico, Antoine Griezmann menanduk masuk gol pertama pasukan tuan rumah seawal minit ke-28 selepas gol Stefan Savic dibatalkan kerana ofsaid.

Pemain sayap Argentina, Angel Correa menjaring gol kedua pada minit ke-60 selepas menyempurnakan hantaran Yannick Carrasco.

Pemain gantian Kevin Gameiro melengkapkan gol ketiga Atletico tujuh minit kemudian selepas menggantikan Correa.

Kemenangan itu memberi sedikit kelebihan kepada Atletico untuk menghidupkan peluang mara ke separuh akhir Copa del Rey menjelang perlawanan pusingan kedua suku akhir di Stadium Ipurua, Khamis depan.

Sementara itu, penyandang juara Barcelona turut akan berkunjung ke Real Sociedad pada perlawanan pusingan kedua suku akhir pada Khamis.

Real Madrid pula tewas 1-2 kepada Celta Vigo pada pusingan pertama pada Rabu manakala Alaves mengatasi kelab divisyen dua, Alcorcon 2-0.

Tags / Kata Kunci: Atletico Madrid , Copa del Rey

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan