Presiden FAP Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 6:49 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua hari sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula, bola sepak tempatan digemparkan dengan peletakan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nazir Ariff pada Khamis.

Pengurus pasukan, Zairil Khir Johari mengesahkan perkara itu dan memberitahu keputusan peletakan jawatan itu tidaklah mengejutkan.

"Saya telah bertemu dengannya pagi ini (Khamis) dan beliau maklumkan untuk meletak jawatan agar musim ini boleh dimulakan dengan lembaran baharu.

"Hasrat beliau untuk meletak jawatan ini tidaklah mengejutkan kerana beliau pernah memberi bayangan pada musim lepas.

"Selama tiga tahun bersama FA Penang, beliau berjaya membawa pasukan dari Liga Perdana hingga ke Liga Super.

"Malah itulah yang beliau beritahu ketika menjemput saya menyertai FAP tahun lalu," ujarnya kepada mStar Online menerusi WhatsApp.

Tambah Zairil, pihaknya amat menghargai sumbangan Nazir selama ini.

"Buat masa ini Laurence Loh (Timbalan Presiden) bertindak sebagai pemangku Presiden FAP.

"Saya dimaklumkan Laurence Loh akan mengeluarkan kenyataan pada pagi esok (Jumaat) mengenai isu ini," jelasnya.

Dalam pada itu, skuad Harimau Kumbang ini yang dibimbing Ashley Westwood bakal membuka tirai liga musim ini dengan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bertemu dengan Selangor pada Sabtu ini.

Sebagai rekod, saingan musim lalu menyaksikan Pulau Pinang menamatkan aksi Liga Super di kedudukan ke-10.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan