Memphis Depay Ke Lyon, Sedia Angkat Kaki Dari Old Trafford

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 8:02 AM

Memphis Depay

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United sudah bersetuju untuk melepaskan pemain sayap Memphis Depay ke kelab Ligue 1, Olympique Lyon.

Sebelum ini, Memphis memang sudah disebut-sebut akan meninggalkan Old Trafford dalam jendela perpindahan pada Januari.

Pengurus United, Jose Mourinho juga dilaporkan bersedia melepaskan pemain berusia 22 tahun ini di mana Memphis sebelum ini bergelut untuk menyesuaikan diri dengan United dan tidak diberi banyak peluang sejak kedatangan Mourinho.


Lyon menjadi kelab yang paling serius untuk mendapatkan Memphis.

Terkini Sky Sports mendakwa bahawa United telah bersetuju untuk melepaskan Memphis ke Lyon dengan nilai perpindahan dipercayai mencecah ‎£16 juta sebagai bayaran awal.

Nilai ini mungkin akan meningkat hingga ‎£21.7 juta, bergantung kepada kejayaan Lyon untuk mara ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

Dalam klausa kesepakatan ini, United juga memiliki pilihan untuk pembelian semula.

Memphis, dari Belanda dikhabarkan akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Parc Olympique Lyonnais sebelum akhir minggu ini dan sudah bersetuju dengan kontrak selama empat setengah tahun.

Tags / Kata Kunci: Memphis Depay , Lyon , Jose Mourinho

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan