Piala Sumbangsih: Ken Ilso Bawa Misi Penting

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG import baharu Kedah, Ken Ilso Larsen mempunyai misi tersendiri bagi memulakan aksi pertama dalam kancah Liga Malaysia ketika membantu Kedah menentang Johor Darul Takzim (JDT) bagi merebut Piala Sumbangsih, Jumaat ini.

Tidak lain dan tidak bukan lagi, pemain kelahiran Denmark itu mahu mencatatkan namanya sebagai penjaring sekaligus dapat membantu skuad hijau kuning membawa pulang piala tersebut.

Bagaimanapun, Ken Ilso tetap mengakui bukan mudah untuk melaksanakan apa yang dihajatinya kerana JDT mempunyai pemain yang berwibawa dan berjaya menjuarai Liga Super musim lalu.

"Sebagai penyerang, sudah pasti saya mahu menjaringkan gol kerana itu juga harapan ribuan penyokong Kedah. Kalau bukan saya yang jaringkan gol, ia tetap penting bagi Kedah memenangi perlawanan tersebut.

"Jika JDT mempunyai rekod yang baik musim lalu dan pemain berwibawa, Kedah juga mempunyai kelebihan dan barisan pemain hebat. Apa yang penting kami akan berusaha sebaik mungkin.

"Setelah menjalani latihan sejak awak Janurai lalu saya yakin barisan pemain yang dimiliki Kedah mampu menjadi pencabar. Saya berdoa agar ilmu yang dicurahkan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe akan membantu kami," katanya kepada mStar Online.

Ken Ilso menambah, dia telah memahami corak permainan rakan-rakanya dan berharap persefahaman yang ada akan membantunya untuk mendapatkan gol pertama dalam Liga Malaysia.

"Pengalaman saya beraksi dalam Liga Singapura sudah pasti akan dapat membantu dan ia tidak memberi masalah untuk menyesuaikan diri dengan pemain Kedah.

"Selain saya, rakan-rakan lain juga begitu bersemangat untuk membawa pulang kemenangan. Oleh itu kami akan berusaha sebaik mungkin.

"Dalam perlawanan seperti ini, kami perlu pastikan tidak melakukan kesilapan yang akan memberi peluang kepada pihak lawan. Kekuatan mental adalah perkara penting dalam memburu kemenangan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , JDT , Piala Subangsih

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan