JDT Lantik Mora Ganti Gomez

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 8:24 AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) bersama Benjamin Mora. -foto FB Johor Southern Tigers

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Benjamin Mora disah sebagai ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards, dalam Facebook rasmi, Johor Southern Tigers, berkata Mora dilantik bagi menggantikan Mario Gomez yang menamatkan perkhidmatannya dengan JDT.

Katanya, Mora, kelahiran Mexico itu telah meluangkan masa sebulan bersama kelab Sepanyol, Atletico Madrid semasa di luar musim sebagai persediaan menggalas tugas baharu itu.

Beliau juga mengumumkan pelantikan ketua jurulatih JDT IV, Mohd Hamzani Omar bagi menggantikan Mora untuk membimbing pasukan JDT II dalam kempen Liga Perdana.

Katanya, penolong Gomez dalam pasukan JDT, Raul Linghi akan membantu Mora dalam persiapan menghadapi Piala Sumbangsih menentang Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.

Tags / Kata Kunci: JDT , Benjamin Mora , Mario Gomez

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan