Gol Lucas Leiva Bawa Liverpool Ke Pusingan Keempat Piala FA - Bola Sepak | mStar

Gol Lucas Leiva Bawa Liverpool Ke Pusingan Keempat Piala FA

Diterbitkan: Khamis, 19 Januari 2017 7:38 AM

Pemain Liverpool Lucas Leiva meraikan gol yang disumbat masuk bersama rakan sepasukan Philippe Coutinho. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL berjaya mara ke pusingan keempat Piala FA Inggeris apabila menang ke atas Plymouth Argyle dalam perlawanan pusingan ketiga di Stadium Home Park, awal pagi Khamis.

Jurgen Klopp membuat kejutan apabila turun di kandang lawan dengan menurunkan barisan pemain muda seperti Trent Arnold, Kevin Stewart, Oviemuno Ejaria dan Ben Woodburn.

Bagaimanapun dia tidak mahu mengambil risiko, justeru turut menurunkan pemain utama seperti Philippe Coutinho dan Daniel Sturridge.

Walaupun bermain dalam LIga Perdana Inggeris, tidak mudah untuk Liverpool melepasi pertahanan tuan rumah.

Namun, The Reds berjaya membuka keunggulan pada minit ke-18 melalui tandukan Lucas Leiva.

Gol Lucas membawa Liverpool mengakhiri babak pertama pertandingan dengan mendahului satu gol.

Pada babak kedua, Liverpool cuba memperkukuhkan kedudukan mereka. Skuad asuhan Klopp juga tidak memberi ruang kepada Plymouth untuk mengembangkan permainan.

Liverpool mendapat penalti pada minit ke-86 setelah Yann Songo'o melanggar Alberto Moreno di kotak penalti Plymouth. Tetapi tendangan Divock Origi berjaya dipatahkan penjaga gawang Luke McCormick.

Separuh masa kedua berakhir tanpa sebarang gol.

Walaupun menang dengan skor tipis 1-0, Liverpool mara ke pusingan keempat dan akan berdepan dengan Wolverhampton Wanderers.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan