Pengganti Wenger Sudah Dikenalpasti

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

MASA DEPAN pengurus Arsenal, Arsene Wenger kembali menjadi tanda tanya apabila wakil pengurus Juventus, Massimiliano Allegri dilaporkan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan The Gunners.

Bekas pengurus AC Milan itu, mencipta nama apabila memenangi tiga gelaran juara Serie A, dua Piala Copa Italia dan layak ke Liga Juara-Juara.

Namun Allergi dilapor bertelagah dengan beberapa pemain senior Juventus baru-baru ini dan sedia mengangkat kaki untuk menyertai kelab baharu.

Pengurus berusia 49 tahun itu menyuarakan hasrat untuk memulakan kerjaya di Emirates pada musim depan selepas Wenger dilaporkan mahu meninggalkan Arsenal hujung musim ini.

Wenger mengemudi Arsenal selama hampir 21 tahun sejak 1996, telah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali tetapi masih gagal memburu trofi pertama Liga Juara-Juara walaupun menempatkan diri dalam kejuaraan itu pada setiap musim.

Kini selepas 13 tahun, Wenger gagal memenangi sebarang kejuaraan utama dan hanya merangkul trofi Piala FA.

Namun Wenger masih boleh berbangga dengan rekod 44 perlawanan tanpa kalah yang dicipta ketika menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2003/2004 selain menjadi pengurus paling lama berkhidmat di liga tersebut bagi sesebuah kelab.

Tags / Kata Kunci: Arsene Wenger , Massimiliano Allergi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan