Jodoh JDT, Mario Gomez Berakhir

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tinggal beberapa hari lagi sebelum sepak mula Liga Super 2017 bermula, satu lagi kejutan berlaku dalam arena bola sepak negara apabila 'jodoh' juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim dan ketua jurulatihnya, Mario Gomez berakhir.

Menerusi pengumuman dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers, Presiden JDT, Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, mengumumkan bahawa pihak kelab dan Gomez telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Jelas Tunku Aminah, keputusan ini dibuat demi kebaikan kelab kerana falsafah dan matlamat kelab lebih penting dari segala-galanya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada jurulatih legenda JDT diatas sumbangan besar beliau kepada kelab ini sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

"Kami akan sentiasa mengingati pencapaian beliau yang berjaya membawa JDT menjuarai Piala Sumbangsih (2016), Piala FA (2016), dua kejuaraan liga (2015 dan 2016) dan Piala AFC pada tahun 2015.

"Selamat maju jaya buat beliau dalam karier kejurulatihan pada masa akan datang," kata Tunku Aminah tanpa menamakan pengganti Gomez.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Gomez meninggalkan JDT akibat dipecat atau beliau sendiri membuat keputusan untuk keluar memandangkan beliau memiliki kontrak berbaki setahun bersama kelab itu.

Berdasarkan rekod, jurulatih berusia 60 tahun itu membantu JDT menjadi pasukan pertama Malaysia memenangi Piala AFC dan merangkul anugerah jurulatih terbaik pada 2015.

JDT bakal bertemu Kedah pada Jumaat ini dalam pertembungan Piala Sumbangsih sebelum melayani kunjungan Felda United dalam aksi pembukaan Liga Super.




Tags / Kata Kunci: Mario Gomez , JDT

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan