Jersi Nombor 7 Buat Griezmann Jika Sertai United

Diterbitkan: Rabu, 18 Januari 2017 12:48 PM

(Ubah saiz teks)

ANTOINE Griezmann akan diberikan jersi nombor tujuh sekiranya dia melengkapkan perpindahan mega ke Manchester United hujung musim ini.

Menurut laporan portal The Independent, ejen pemain kelahiran Perancis itu sudah berbincang dengan pihak pengurusan Manchester United dan Griezmann mungkin dijual dengan harga kira-kira 100 juta uero (RM474 juta).

Red Devils yakin mampu mengikat pemain berusia 25 tahun itu yang dilaporkan bersetuju dengan tawaran gaji dan akan memakai nombor jersi sama seperti di Altetico Madrid dan Perancis.

Nombor keramat itu, kini dipakai oleh bintang Belanda yang gagal menyerlah, Memphis Depay yang dijangka meninggalkan Manchester United dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, jersi nombor tujuh dipakai oleh beberapa pemain legenda dan bintang Manchester termasuk Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.

Pemain bek kanan, Antonio Valancia pernah memakai jersi itu selama semusim ketika beraksi di posisi sayap.

Selain Valencia, Michael Owen juga pernah menyarung nombor jersi sama ketika menyertai Manchester United.

Tags / Kata Kunci: Antoine Griezmann

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan