PKNS Rancang Miliki Stadium Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 7:00 PM

Pasukan bola sepak PKNS FC memperkenalkan jersi baharu bagi musim 2017 pada majlis Pelancaran Jersi dan Bas PKNS di Laman PKNS, Selasa. Majlis dirasmikan Exco Belia Dan Sukan Negeri Selangor Aminuddin Shaari.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pencapaian konsisten tahun demi tahun Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam Liga Malaysia menyaksikan pasukan itu semakin mendapat tempat dihati peminat bola sepak tempatan.

Rekod positif skuad kendalian ketua jurulatih E.Elavarasan itu menyaksikan PKNS FC meraih dua gelaran naib juara musim lalu dalam saingan Liga Perdana dan Piala FA yang sekaligus menyaksikan mereka layak secara merit ke saingan Liga Super musim ini.

Presiden kelab, Siti Zubaidah Abdul Jabar berkata, kejayaan yang dicapai membuatkan kelab semakin optimis untuk melangkah lebih jauh dalam sukan bola sepak tanah air.

Jelasnya, tumpuan kelab bukan hanya kepada pasukan tetapi mempunyai perancangan untuk mempunyai stadium sendiri pada masa depan.

"Perancangan untuk miliki stadium sendiri memang ada, cuma bukan dalam masa terdekat.

"Dalam ekonomi gawat dan tidak stabil, kami cuba berbelanja secara berhemat.

"Sebagai pemaju hartanah, kita ada banyak bank tanah untuk bangunkan stadium sendiri, antaranya di Shah Alam, yang paling dekat, Kota Puteri ataupun Benam Jaya.

"Namun ia tertakluk kepada pengurusan PKNS untuk pembinaan stadium ini dalam mendapatkan kelulusan  tapak dan perbelanjaan pembinaan," jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran  Jersi Dan Bas PKNS FC 2017 di Laman PKNS pada Selasa.

Dalam pada itu, Siti Zubaidah turut mendedahkan bajet PKNS FC bagi musim ini.

"Secara keseluruhannya, bajet musim ini lebih kurang RM18 juta. Perbelanjaan ini termasuk untuk skuad Liga Super, Piala Belia, Piala Presiden serta Liga FAS tahun ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: PKNS , Siti Zubaidah

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan