Presiden PBNP Janji Bawa Pahang Kembali Tangga Teratas Dalam L-M

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 9:38 PM

Beberapa pemain Pahang FA memperagakan jersi pasukan itu pada pelancaran jersi baharu pasukan Pahang FA untuk saingan musim 2017 pada Selasa. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: "Saya akan terus berusaha untuk meletakkan Pahang antara pasukan teratas dalam Liga Malaysia (L-M)".

Itu janji Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Beliau berkata prestasi hambar pasukan berkenaan sebelum ini, tidak sepatutnya berulang memandangkan PBNP telah menyediakan peruntukan agak tinggi untuk membentuk skuad Tok Gajah yang lebih mantap pada musim ini.

"Kita belanja besar untuk menjadi juara pada 2013, 2014 dan jika hendak berbelanja besar bagi tiga tahun berturut-turut mungkin menyebabkan kita  terpaksa 'tutup kedai'.

"Tetapi kali ini, kita kembali semula dan InsyaAllah perkara yang lepas tidak akan berulang pada tahun ini," katanya yang enggan mendedahkan jumlah perbelanjaan pasukan Pahang FA bagi musim 2017.

Tengku Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Jersi Baharu Pahang FA tajaan syarikat jenama sukan terkemuka dari Jerman, JAKO di sini Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, yang juga Timbalan Presiden PBNP.

Tengku Abdul Rahman berkata pasukan itu juga menagih sentuhan magis jurulatih Dollah Salleh untuk mengembalikan zaman kegemilangan skuad Tok Gajah termasuk muncul juara Piala Malaysia musim 2013.

Katanya setakat ini, beliau berpuas hati dengan prestasi pasukan Pahang FA pada beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, termasuk ketika menentang kelab luar negara.

"Saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang dilihat menunjukkan peningkatan...tidak seperti yang dipamerkan pada bulan lalu ketika mereka dikumpulkan buat pertama kali.

"Ini kerana untuk menjadi sebuah pasukan yang mantap, ia memerlukan tempoh yang panjang dan saya mengharapkan musim ini Pahang kembali bangkit," katanya.

Pada musim lalu, skuad Tok Gajah sekadar menduduki tangga ke-sembilan daripada 12 pasukan dalam kempen Liga Super, berbanding kedudukan ketiga pada 2015 manakala bagi saingan Piala FA, Pahang gagal melayakkan diri ke suku akhir.

Bagi kempen Piala Malaysia 2016, Pahang hanya menduduki tempat ketiga dalam  saingan Kumpulan B.

Tengku Abdul Rahman seterusnya berkata beliau difahamkan JAKO berminat untuk membawa pasukan Pahang FA mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan di seluruh Asia, yang turut mendapat tajaan daripada syarikat berkenaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PBNP , Liga Malaysia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan