Amirudin Persoal Tindakan FAS Beli Pemain Baharu

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 10:56 PM

Amirudin Shari.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari mempersoalkan tindakan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang dilaporkan membuat pembelian beberapa pemain baharu walaupun pasukan berkenaan berdepan isu tunggakan gaji dan bonus pemain.

Amirudin yang juga Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, berkata FAS sepatutnya menyelesaikan isu itu berbanding memberi tumpuan kepada perkara lain seperti pembelian pemain.

"Bagi saya, kita konsisten dengan pendirian sebelum ini bahawa mereka (FAS) mempunyai kewangan mencukupi setelah menjual (beberapa) pemain ke pasukan lain.

"Mereka (pemain) harus selesaikan isu berkenaan (bayaran gaji) dengan FAS. Kalau FAS tidak ada kewangan mencukupi, mereka perlu memohon dengan kerajaan negeri...dengan pembelian pemain baharu dan import, boleh pula?," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bas baharu dan jersi pasukan PKNS FC untuk musim 2017 di Ibu Pejabat PKNS di sini, Selasa.

Mengenai bayaran pampasan penamatan kontrak Zainal Abidin Hassan selaku jurulatih Selangor, Amirudin berkata beliau akan merujuk perkara berkenaan bersama dengan bonus pemain kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.

Zainal Abidin dipecat serta merta sebagai jurulatih Selangor pada 7 Ogos tahun lepas tanpa sebarang amaran awal namun FAS menyatakan ia disebabkan kemerosotan prestasi skuad Gergasi Merah selepas tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia 2016.

FAS sebelum ini, dilaporkan menggesa Mohamed Azmin dan Amirudin agar memenuhi janji untuk melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November, serta bonus kerana mara ke final Piala Malaysia 2016, walaupun mereka telah melepaskan jawatan sebagai presiden FAS dan pengurus pasukan.

Setiausaha Agung FAS Rosman Ibrahim dilaporkan sebagai berkata meskipun telah melepaskan jawatan, kedua-duanya tidak boleh lari daripada tanggungjawab melangsaikan hutang pengurusan FAS. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAS , Amirudin Shari

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan