Sevilla Lebur Rekod Tanpa Kalah Real Madrid

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

JARINGAN lewat Stevan Jovetic membantu Sevilla bangkit mengatasi Real Madrid 2-1 di Stadium Ramon Sanchez Pijuan, awal pagi Isnin.

Kemenangan itu juga bermaksud Sevilla berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Real Madrid setakat ini.

Lebih manis apabila Sevilla berjaya mengikat kedudukan 1-1 selepas Sergio Ramos menjaringkan gol ke gawang sendiri sekali gus memberi gol percuma kepada pasukan tuan rumah.

Real terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-67 menerusi sepakan penalti Cristiano Ronaldo.

Pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol Sevilla melakukan terjahan kasar ke atas Dani Carvajal.

Real kelihatan berupaya untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 41 perlawanan tetapi Sevilla bangkit menerusi kesilapan Ramos yang menjaringkan gol ke gawang sendiri dan gol lewat Jovetic.

Pasukan kendalian Zinedine Zidane itu kekal pendahulu liga dengan 40 mata manakala Sevilla di tangga kedua dengan 39 mata.


Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Sevilla

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan