FAS Mampu Selesai Isu Gaji, Bonus Pemain - Azmin

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2017 2:22 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mempunyai kewangan mencukupi untuk menyelesaikan isu bayaran gaji dan bonus pemain bola sepak negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata ini kerana FAS mempunyai dana lebih RM2 juta dan mampu untuk menyelesaikan bayaran tersebut.

FAS sebelum ini dilapor telah menggesa Mohamed Azmin dan Amiruddin Shari selaku pengurus pasukan Selangor agar memenuhi janji untuk melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan bagi November serta bonus kerana mara ke final Piala Malaysia 2016, walaupun mereka telah melepaskan jawatan sebagai presiden FAS dan pengurus pasukan.

Setiausaha Agung FAS Rosman Ibrahim dilapor sebagai berkata meskipun telah melepaskan jawatan, kedua-duanya tidak boleh lari daripada tanggungjawab melangsaikan hutang pengurusan FAS.

Sementara itu Mohamed Azmin berkata pihak kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam tidak pernah menafikan kerja-kerja penyelenggaraan Stadium Shah Alam.

"Stadium Shah Alam memang diselenggara, tahun lepas ada beberapa pakej ditender dan dilakukan untuk menukar kerusi penonton dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Beberapa badan bukan kerajaan meluahkan rasa kesal dengan keadaan stadium dan mendakwa tiada usaha penambahbaikan dilakukan sejak sekian lama. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAS , gaji , bonus , Mohamed Azmin Ali

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan