Spurs Lebih Mantap Musim Ini - Pochettino

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 7:39 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Tottenham, Mauricio Pochettino memuji prestasi cemerlang anak buahnya apabila mengekalkan rekod enam kemenangan berturut-turut selepas menundukkan West Brom 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Harry Kane yang baharu sahaja bergelar bapa pada Ahad lalu melakar hatrik manakala Gareth McAuley menjaringkan gol ke gawang sendiri sekali gus menghadiahkan gol percuma kepada Spurs di White Hart Lane.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs menduduki tangga kedua, ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Chelsea.

Pochettino yakin anak buahnya kini lebih mantap berbanding musim lalu.

"Kami amat gembira dengan prestasi pemain yang bermain dengan baik menentang pasukan yang hebat.

"Saya fikir selepas Chelsea, cabaran yang besar adalah mengekalkan momentum dan menujukkan kematangan pasukan berjuang untuk perkara yang lebih besar dan hari ini merupakan contoh yang baik ke arah itu.

"Kami menujukkan kami banyak belajar daripada kesilapan pada musim lalu. Kami lebih matang. Hari ini gawang kami gagal dibolosi," katanya.

Kane muncul wira Spurs apabila membuka jaringan seawal minit ke-12 sebelum menambah dua lagi gol pada babak kedua.

"Saya amat berbangga dengan persembahan Kane.

"Ia minggu yang bagus untuknya. Dia bergelar bapa dan menjaringkan tiga gol pada hari ini. Saya fikir ia hari yang bagus untuknya," kata Pochettino.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan