Memang Salah, Silap Saya - Presiden PBNP

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 3:29 PM

Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (tengah) dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob (empat, kiri) bersama penyokong memberikan tepukan 'Viking' diiringi nyanyian lagu semangat 'Ale-ale Tok Gajahku' tanda sokongan untuk pasukan bolasepak Pahang pada konsert khas sempena Karnival Pahang Super Fans di Stadium Temerloh pada 14 Januari 2017. -BERNAMA

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: "Memang salah saya...silap saya. Segala cemuhan, kritikan dan teguran saya terima dengan hati terbuka," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Tengku Muda Pahang itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan hampir 10,000 peminat skuad Tok Gajah berhubung prestasi hambar Pahang pada saingan Liga Malaysia tahun lalu.

Namun, beliau percaya skuad Pahang akan kembali menyerlah tahun ini selepas beberapa langkah diambil sejak sembilan bulan lepas.

Pada masa sama, Tengku Abdul Rahman meminta peminat Pahang untuk terus menyokong usaha barisan pimpinan dan jurulatih Dollah Salleh dalam mengembalikan skuad Tok Gajah menjadi pasukan yang digeruni dalam bola sepak negara.

"Saya cuba jelaskan dengan ringkas. Dalam kerancakan pertandingan, ramai pemain kita yang diintai (pasukan lain). Mereka pun ada rancangan sendiri dan niat untuk mencari peluang yang lebih mendatangkan hasil.

"Kita tidak boleh salahkan mana-mana pemain kerana mereka juga perlu fikirkan masa hadapan. Memang ramai pemain kita yang diambil orang, tapi mereka juga tidak beri peluang kepada saya untuk berunding," katanya.

Tengku Abdul Rahman berkata demikian pada sesi pengenalan pemain baharu Pahang FA pada Festival Pahang Super Best di Stadium Temerloh di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Presiden PBNP itu juga berkata kehilangan pemain senior dan tonggak utama pasukan menyebabkan skuad Tok Gajah terpaksa menurunkan pemain muda pada saingan musim lalu, yang menjadi punca prestasi hambar pasukan.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kita masih kekal dalam Liga Super. Saya juga jemput semua penyokong untuk bersama memberi sokongan kepada pasukan kita kerana mereka tidak mampu bangkit tanpa sokongan semua," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan