Kelantan Akan Tersingkir Kalau Tak Kena Gaya - Annuar

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 3:26 PM

Annuar bersama Mohammed Ghaddar (tiga dari kiri), Okiki Afolabi (tiga dari kanan) dan Cedric Djeligou (dua dari kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan skuad The Red Warriors (TRW) akan tersingkir daripada saingan Liga Super jika tiada pendekatan drastik dilakukan untuk memulihkan kemelut yang melanda pasukan itu.

Annuar berkata, berdasarkan pemerhatiannya hala tuju Kelantan untuk saingan musim ini kelihatan masih belum lagi kemas.

"Saya nampak tak kemas. Saya minta maaf, terus terang, sebab itu saya sebut tadi pegawai-pegawai dalam Kafa perlu membaca situasi dan membuat penyelarasan.

"Kalau tak kena gaya Kelantan akan tersingkir. Minta maaf saya kata macam ini. Ini bukan sesuatu yang saya doakan tapi (itulah yang akan terjadi) kalau tak buat persediaan betul-betul," katanya pada sidang media memperkenalkan tiga pemain import baharu Kelantan di sini Ahad.

Beliau berkata, pihak pengurusan Kafa perlu segera menyelesaikan isu berkaitan kekosongan jawatan presiden selain mencari formula terbaik untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap.

"Jika anda hilang saya sebagai presiden anda perlu lakukan sesuatu. Ahli-ahli exco (Kafa) perlu bekerja keras membentuk pasukan. Persediaan pasukan perlu intensif begitu juga persediaan dari aspek kecergasan dan teknikal.

"Pembentukan pasukan perlu disusun pada masa yang tepat. Perlawanan pra musim perlu diadakan sekurang-kurangnya lapan dalam masa 60 hari dengan melibatkan pasukan penuh.  Namun semua ini tak wujud, tak dapat dibuat oleh Kafa," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan pihak pengurusan Kafa supaya jangan terus dibuai lena dan meminta sedekah serta mengharapkan belas kasihan orang lain dalam konteks bola sepak.

"Kita perlu lakukan secara profesional, susun... rancang dan atur. Tengok dan jangka masalah macam mana dan fikirkan cara untuk menanganinya. Anda perlu bekerja keras," katanya.

Beliau berkata aspek pengurusan sebuah pasukan bola sepak profesional bukan mudah kerana ia melibatkan satu perniagaan yang besar.

"Ia amat penting. Malam tadi saya beritahu mereka soal mengurus pemain tempatan dan antarabangsa merupakan perkara berbeza. Jadi jangan ambil mudah.

"Jika ada pemain antarabangsa bermain dalam suasana tertekan dan kebajikan asas mereka tidak dijaga bagaimana anda harapkan prestasi terbaik daripada mereka," kata Annuar.

Terdahulu, Annuar mengumumkan tiga pemain import baharu yang akan memperkuat Kelantan dalam aksi Liga Malaysia pada musim 2017.

Mereka adalah bekas pemain Al Faisaly Amman, Mohammed Ghaddar yang pernah memperkuat Kelantan pada musim 2012, pemain kebangsaan Nigeria Bawah 23 Tahun (B-23) Okiki Afolabi dan Cedric Djeligou dari Cameroon.

Ketiga-tiga pemain itu telah berlepas ke Kelantan pada tengah hari Ahad untuk melapor diri kepada ketua jurulatih Zahasmi Ismail sebelum menyertai sesi latihan pasukan itu.

Usaha membawa masuk ketiga-tiga pemain import baharu itu merupakan inisiatif penaja Kelantan, Konsortium Al Hamra dan Cengal Jati untuk memperkukuh prestasi pasukan tersebut pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Tags / Kata Kunci: Kafa , Kelantan , Annuar Musa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan