Skuad Futsal Uji Kelab Thailand Sebelum Kejuaraan AFF

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga perlawanan persahabatan menentang kelab Thailand bermula Isnin bakal menguji kemampuan skuad futsal lelaki negara menjelang sepak mula Kejuaraan Futsal AFF 2016 pada 23 Januari ini.

Ketua jurulatih futsal negara, Chiew Chun Yong berkata beliau akan mencuba beberapa taktikal dan strategi dalam setiap perlawanan untuk melihat sama ada pemain boleh menerapkan sistem yang mahu digunakan. 

"Saya mahu lihat sejauh mana kemampuan pemain muda menyesuaikan diri dengan corak permainan dan strategi kita apabila berdepan lawan yang memiliki skil dan kepantasan. 

"Kita juga akan lebih banyak mengkaji corak permainan lawan selain memperbaiki kelemahan yang ada dalam tempoh seminggu sebelum kejohanan sebenar bermula," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Barisan 14 pemain skuad Harimau Malaysia berlepas ke Bangkok hari ini untuk siri perlawanan persahabatan menentang Bangkok FC pada Isnin, Royal Thai Navy pada Rabu dan Bangkok BTS pada Jumaat ini.

Sejak dikumpulkan untuk kem latihan pusat bermula 22 Disember lepas, skuad negara menang lima perlawanan persahabatan tempatan. 

Mereka menewaskan UPSI 12-0, KL Petaling Putra 12-2, Kuantan Rangers 5-2,Kuala Lumpur TPD 13-0 dan MBPP 7-0 sebelum seri 4-4 dengan Pahang 4-4, Jumaat lalu.

Chiew berkata pasukannya itu masih belum mencapai tahap yang diinginkannya sepanjang aksi persahabatan tempatan sebelum ini, terutama dari segi sistem permainan. 

"Pemain nampak tidak begitu biasa lagi dengan sistem baharu ini. Tapi saya faham yang pemain memerlukan masa dan lebih lagi perlawanan untuk membiasakan diri menggunakan sistem ini," katanya.  

Skuad negara bakal membuka kempen Kejuaraan Futsal AFF dalam saingan Kumpulan B di Stadium Tertutup Hua Mak, Bangkok, bertemu Indonesia pada 23 Jan diikuti Laos (24 Jan) dan Myanmar (25 Jan). 

Jika layak ke separuh akhir, mereka akan bertemu pasukan dari Kumpulan Ayang terdiri daripada Thailand, Brunei dan Timor-Leste pada 27 Jan untuk memburu tempat ke pentas final pada 29 Jan.

Senarai pemain: Muhammad Awaluddin Hassan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Saiful Aula Ahmad (Selangor), Azrul Hadee Mohd Taufiq, Saiful Nizam Mohamad Ali, Mohd Azwann Ismail, Muhammad Azri Rahman, Abu Haniffa Hassan (Felda United), Mohd FirdausRazali, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Aidil Shahril Rosli (MPSJ),Akmarulnizam Mohd Idris (Pahang), Mohd Ridzwan Bakri (Sabah), Mohd Awalludin Mat Nawi (Perak). 

Tags / Kata Kunci: Futsal AFF

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan