Everton Benam Man City 4-0

Diterbitkan: Ahad, 15 Januari 2017 11:30 PM

Lukaku (biru) menjaringkan gol pertama Everton ketika menentang Man City, Ahad malam.

(Ubah saiz teks)

EVERTON tampil garang di gelanggang sendiri apabila menewaskan Manchester City 4-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris Ahad malam.

Romelu Lukaku menggegarkan gawang anak buah Pep Guardiola itu pada minit ke-34 menerusi sepakan penalti.

Jaringan tunggal babak pertama skuad The Toffess menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain Ronald Koeman itu untuk menambah mata pada separuh masa kedua.

Hanya dua minit permainan babak kedua bermula, Stadium Goodison Park sekali lagi riuh dengan sorakan penyokong mereka apabila Kevin Mirallas menyumbat gol kedua untuk Everton.

Jaringan itu membuat City semakin tertekan yang menyaksikan barisan pertahanan Guardiola semakin rapuh dengan gol ketiga menerusi kapten pasukan Bawah 19 Tahun England, Tom Davies.

Pemain-pemain Man City kelihatan kecewa selepas tewas 4-0 kepada Everton.


Namun tiga gol tanpa balas masih belum mencukupi buat Everton yang menggunakan setiap peluang yang hadir sekaligus menyaksikan pemain baharu Ademola Lookman yang dibawa masuk pada minit terakhir permainan berjaya meledak gol keempat pada masa kecederaan, minit ke-94.

Keputusan tersebut menyaksikan Everton kekal di kedudukan ketujuh liga dengan 33 mata, manakala City jatuh satu anak tangga berada di posisi kelima (42 mata).

Senarai pemain

Everton: Joel, Baines, Williams, Funes Mori, Holgate, Coleman, Barry, Davies, Mirallas, Barkley, Lukaku. (simpanan) Stekelenburg, Schneiderlin, Jagielka, Lennon, McCarthy, Valencia, Lookman. 

Manchester City: Bravo, Sagna, Stones, Otamendi, Clichy, Yaya Toure, Zabaleta, De Bruyne, Sterling, Silva, Aguero. (simpanan) Caballero, Kolarov, Delph, Sane, Navas, Garcia, Iheanacho.

Pengadil:  Mark Clattenburg
Tags / Kata Kunci: everton , Man City

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan