Kritik Messi, Barcelona Pecat Gratacos

Diterbitkan: Sabtu, 14 Januari 2017 8:49 AM

(Ubah saiz teks)

BARCELONA mengesahkan mereka telah memecat Pengarah Perhubungan Institusinya, Pere Gratacos susulan komen beliau terhadap penyerang Lionel Messi

Gratacos dalam satu kenyataan kepada pemberita selepas keputusan seri dalam perlawanan Copa del Rey berkata, Messi tidak akan menjadi pemain hebat seperti hari ini tanpa sokongan beberapa pemain pasukan itu.

"Leo merupakan salah seorang pemain terpenting di dalam pasukan tetapi ia bukan mengenainya sahaja.

"Dia tidak akan jadi hebat tanpa Andres Iniesta, Neymar dan pemain lain, tapi Messi pemain terbaik."

Komen tersebut mencetuskan perbalahan di laman media sosial dan beberapa jam kemudian Barcelona mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan pemecatan Gratacos.

"FC Barcelona memecat Pere Gratacos kerana menyatakan pendapat peribadinya secara terbuka yang tidak selari dengan pendirian kelab selepas keputusan seri pada aksi suku akhir Copa del Rey di Madrid," demikian menurut kenyataan itu.

Namun, Gratacos, 58, masih terlibat dalam projek La Masia 360 bersama kelab Catalan itu.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Barcelona , Pere Gratacos

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan