Everton Ikat Schneiderlin Dari Manchester United

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

EVERTON melengkapkan perpindahan pemain baharunya, Morgan Schneiderlin dari Manchester United dengan kontrak empat tahun setengah.

The Toffees dilaporkan membayar sebanyak 20 juta pound (RM109 juta) dan yuran itu dijangka akan meningkat kepada 24 juta pound selepas ini.

Perpindahan pemain tengah Perancis itu menyaksikan Schneiderlin kembali bergabung dengan Ronald Koeman yang pernah bekerjasama ketika di Southampton.

"Everton merupakan sebuah kelab besdar dan penuh dengan sjearah bola sepak Inggeris. Saya sentiasa teruja dengan suasana di stadium ini dan berharap akan bermain di sini.

"Saya tidak sabar untuk bermain dan mewakili kelab terkenal ini," jelas Schneiderlin di laman rasmi kelab pada Jumaat.

Schneiderlin,27, meninggalkan St Mary menuju ke Old Trafford pada tahun 2015, namun berdepan dengan kesukaran untuk berada dalam senarai utama pemain sejak Jose Mourinho menguruskan United.

Dia hanya tampil lapan kali sahaja musim ini dan gagal menjadi pemain pilihan dalam sebarang aksi perlawanan sejak November lalu.

Schneiderlin menjadi pemain baharu kedua buat Everton sejak jendela perpindahan pemain dibuka bulan ini selepas bintang muda Ademola Lookman berusia 19 tahun dari Charlton.

Tags / Kata Kunci: Morgan Schneiderlin , Man United , Everton

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan