Payet Tak Mahu Bermain Untuk West Ham - Pengurus

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 7:45 AM

Dimitri Payet

(Ubah saiz teks)

PENGURUS West Ham United Slaven Bilic berkata Dimitri Payet tidak mahu bermain untuk kelabnya, tetapi kelab tidak akan menjual pemain dari Perancis itu.

Payet tidak akan menghadiri latihan atau bermain untuk kelab itu dalam perlawanan menentang Crystal Palace, Sabtu.

"Kami telah katakan bahawa kami tidak mahu menjual pemain terbaik kami tetapi Payet tidak mahu bermain untuk kami. Dia mahu tinggalkan kelab ini," kata Bilic.

"Dia sememangnya menjadi pemain terbaik kami dan sebab itulah kami memberikannya kontrak yang panjang. Kami tidak akan menjualnya.

"Saya telah bercakap dengan pengerusi dan ini bukan isu wang. Kami telah berikan kepadanya kontrak yang panjang kerana kami mahu dia kekal."

Payet tidak akan mengambil bahagian dalam latihan sambil mengekalkan pendiriannya.

Pemain berusia 29 tahun itu telah diberikan kontrak lima tahun pada 2016, dipercayai bernilai £125,000 seminggu.

"Saya harap dia akan kembali dan menunjukkan komitmen serta kesungguhan untuk pasukan, seperti mana yang ditunjukkan oleh pasukan ini kepadanya.

"Dia mungkin telah dirisik beberapa kelab atau apa sahaja. Itu adalah biasa pada masa ini. Tetapi selagi dia tidak mengubah sikapnya, dia tidak akan bersama pasukan dan tidak akan berlatih bersama kami.

"Saya mempunyai satu pasukan untuk diuruskan. Tetapi kami tidak akan menjualnya," katanya.

Tetapi pengurus West Ham ini jelas terluka dengan keputusan pemainnya itu.

"Pasukan, kakitangan, kami telah berikan kepadanya segala-galanya, kami sentiasa ada untuk dia," katanya.

"Saya rasa kecewa. Saya berasa marah. "

Payet telah dikaitkan dengan beberapa kelab besar Eropah sejak persembahan menonjolnya musim lalu.

Dia juga memainkan peranan dalam membawa Perancis ke perlawanan akhir Euro 2016.
Tags / Kata Kunci: Slaven Bilic , Dimitri Payet

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan