JDT Perkenal Jersi Baharu Musim 2017/2018

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 8:28 AM

Empat model menunjukkan jersi baharu pasukan JDT 2017 pada Majlis Pelancaran Jersi Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2017 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, Khamis. Bagi musim 2017 pasukan kelab bola sepak JDT akan menggunakan empat jersi tajaan Nike iaitu Biru (home), Merah (away), Hitam (alternate) dan Belang (special). -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pasukan bola sepak negeri Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka bagi kempen Liga Malaysia musim 2017/2018 selepas menjalinkan kerjasama dengan Nike Malaysia.

Kerjasama tiga tahun itu merangkumi empat pasukan di bawah naungan Harimau Selatan iaitu JDT I untuk saingan Liga Super, JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan JDT IV bagi perlawanan Liga Belia.

Diinpirasikan dengan warna bendera negeri Johor, rekaan jersi kit pada musim ini didatangkan dengan tiga warna iaitu jersi tuan rumah berwarna biru, jersi di gelanggang lawan berwarna merah dan jersi alternatif berwarna hitam.

Turut diperkenalkan, jersi khas bewarna biru gelap berbelang hitam yang direka khas sempena kejayaan pasukan Harimau Selatan menjuarai Liga Super tiga tahun berturut turut.

Majlis pelancaran jersi berkenaan dirasmikan oleh Naib Presiden 1 JDT, Datuk Zulkurnain Kamisan sambil disaksikan oleh ribuan penyokong di Dataran Bandaraya Johor Baharu di sini, Khamis.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.

Sementara itu, Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata  kerjasama berkenaan mencerminkan bahawa Nike memiliki semangat kesukanan yang sama tinggi seperti pasukan JDT.

"Kita juga mempunyai keyakinan yang tinggi dengan teknologi dan inovasi yang ditawarkan oleh Nike dalam membantu meningkatkan prestasi pemain yang sudah sememangnya berbakat," katanya kenyataan sempena pelancaran jersi itu.

Dalam pada itu, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Nino Priambodo berkata penajaan ini adalah bukti kesungguhan jenama Nike dalam menyokong atlet tempatan dan semangat kesukanan.

Jersi baharu JDT ini boleh didapati di kedai sukan Al-Ikhsan terpilih bermula Februari depan pada harga RM139.

Ini merupakan kali kedua JDT menjalinkan kerjasama bersama Nike selepas 2015.

Sebelum ini, JDT ditaja oleh syarikat barangan sukan dari Jerman, Adidas.


Tags / Kata Kunci: jersi JDT , Nike Malaysia , Harimau Selatan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan