Bukti TRW Buat Kerja Tertib, Berperaturan - Annuar Musa

Diterbitkan: Jumaat, 13 Januari 2017 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa terus mempertahankan skuad The Red Warriors (TRW) selepas timbul dakwaan Pelaburan Mara Berhad dan UniKL menyalurkan dana kepada pasukan bola sepak negeri itu.

Pada Khamis, Annuar tampil menafikan dakwaan yang dibuat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang penggunaan duit Mara untuk menaja TRW.

Malah menerusi entri terbaharu di laman Facebook menggunakan akaun Tan Sri Annuar Musa, beliau mengucapkan terima kasih susulan penyebaran beberapa gambar-gambar surat permohonan tajaan daripada TRW kepada UniKL, baucar pembayaran dan slip deposit cek yang dibayar kepada TRW pada 2016.

"Ia menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur..ada surat tawaran, ada rundingan dan tawar menawar, ada kontrak..ada voucher ..ada resit dan lain-lain.

"Saya percaya bukan dengan UniKL sahaja tapi semua penaja lain. Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan.

"Kini terbukti penyertaan UniKL dalam tajaan atau pakej komersial TRW dibuat secara terbuka, diisytihar dan diumum kepada orang ramai.

"Malah majlis menandatangan perjanjian dibuat di depan khalayak dgn publisiti meluas..Tiada penajaan secara senyap.. nama UniKL terpampang di jersi seperti dalam kontrak," tulisnya.

Kenyataan terbaharu Annuar Musa menerusi laman Facebook. - Ihsan Facebook

Katanya lagi, masih banyak pasukan yang mendapatkan dana kewangan dari pelbagai sumber tetapi melakukan perkara itu secara tersembunyi.

"Biarlah ikut cara masing-masing. Saya bangga TRW sebagai pasukan bola sepak negeri dan mempunyai cara tajaan yang teratur, berdokumen dan transparent (telus)," jelas Annuar.

Tambah Annuar, walaupun bukan lagi presiden Kafa, beliau berharap TRW kekal sebagai pasukan milik ramai, berurusan secara berintegriti,  beramanah dan tidak menjadi hak mana mana individu.

"Kini saya sebagai salah seorang penaja...kita taja selagi TRW bukan milik individu, selagi TRW telus, selagi TRW boleh memberi nilai komersial dan 'branding exposure' yang baik," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Annuar Musa , TRW

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan