Spidercam Pantau Permainan Manchester United - Liverpool

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 9:36 AM

(Ubah saiz teks)

WEB yang membuat liputan Liga Perdana Inggeris akan menggunakan Spidercam buat pertama kali bagi merakam perlawanan 'panas' antara Manchester United menentang Liverpool akhir minggu ini.

Daily Mail mendedahkan, Sky Sports akan menggunakan teknologi canggih iaitu kamera dari atas padang di Old Trafford pada minggu ini sebelum ia dikembangkan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia.

Dengan penggunaan teknologi baharu itu, pergerakan pemain akan dirakam kira-kira 10 hingga 40 meter di atas padang mengikut situasi, selain ia dapat bergerak keseluruh penjuru untuk memastikan kepuasan penonton.

Pihak berkuasa tempatan di Manchester telah memberi kelulusan untuk pemasangan kamera berkenaan di Old Trafford minggu lalu dan ia bakal menghangatkan lagi pertembungan pasukan berkenaan.

Pengkritik berpendapat pemasangan kamera canggih itu sesuai menjelang perlawanan tumpuan yang mampu mengubah kedudukan liga ketika ini.

"Penonton akan lebih puas untuk melihat jaringan atau percubaan yang dilakukan kerana ia jelas serta lebih dekat.

"Ia juga akan menjadi peralatan penting untuk digunakan dalam analisis pengkritik atau jurulatih pasukan Liga Perdana Inggeris," jelas Gary Hughes.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan