Malaysia Kekal Posisi 161 Ranking Fifa

Diterbitkan: Khamis, 12 Januari 2017 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketiadaan aksi persahabatan antarabangsa menyaksikan skuad Harimau Malaysia kekal pada kedudukan ke-161 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Berdasarkan ranking terbaru dikeluarkan menerusi laman sesawang FIFA, www.fifa.com pada Khamis, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu kekal menghuni kedudukan yang sama dilakar pada Disember 2016.

Untuk rekod, kedudukan terbaik Malaysia dalam ranking FIFA pada 2016 adalah posisi ke-158 dunia yang dicatat pada bulan September.

Di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia kekal di tangga ke-31 dalam kalangan 46 negara.

Skuad kebangsaan turut kekal pada kedudukan kelima dalam kalangan negara Asean dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-122, Thailand (126), Vietnam (136) dan Myanmar (159).

Ranking terbaru itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia (162) dan Moldova (164).

Dua pasukan benua Amerika Latin, Argentina dan Brazil mengekalkan kedudukan selaku dua pasukan terbaik dunia selepas masing-masing mengumpul 1,634 dan 1,544 mata, manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.

Ranking bulanan Fifa melibatkan 209 negara. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan