Man United Setuju Jual Schneiderlin Kepada Everton

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 8:14 AM

Morgan Schneiderlin (kiri) bersama rakan sepasukannya Wayne Rooney.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United bersetuju menjual pemain tengah Morgan Schneiderlin kepada Everton pada nilai £22 juta.

Schneiderlin, 27, yang juga pemain antarabangsa Perancis telah menyertai United di bawah Louis van Gaal, dari Southampton dengan nilai £25 juta pada Julai 2015.

Dia telah bermain sebanyak 47 kali untuk kelab tetapi hanya diturunkan sebanyak lapan kali di bawah Jose Mourinho musim ini, termasuk tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, Everton telah bersetuju untuk meminjamkan penyerang Oumar Niasse, 26, ke Hull, dengan terma peribadi yang masih belum dipersetujui.

Pemain antarabangsa Senegal itu telah menyertai Everton pada harga £13.5 juta dari Lokomotiv Moscow pada Februari 2016 tetapi hanya turun bermain tujuh kali.

Berikutan kemenangan 2-0 United ke atas Hull dalam Piala Liga Inggeris pada Selasa, Mourinho berkata: "Naib Pengerusi Eksekutif Ed Woodward memberitahu saya bahawa situasi telah dimuktamadkan. Morgan lebih daripada mungkin akan Everton.

"Saya sedih dan gembira, sedih kerana saya sukakan dia dan dia adalah satu pilihan untuk kita, gembira kerana ini adalah apa yang dia mahu, dia mahu bermain dalam setiap permainan dan menjadi orang penting dalam pasukan."

Schneiderlin dijangka menjalani perubatan minggu ini.

Bulan lalu, Mourinho mengesahkan bahawa dia tidak akan mempertahankan Schneiderlin jika dia ingin meninggalkan pasukan untuk beraksi sebagai skuad utama dan United telah menerima tawaran yang sepadan dengan penilaian mereka untuk pemain itu.

Apabila ditanya mengenai Schneiderlin, Mourinho berkata dia adalah seorang pemain yang 'sangat profesional, hebat, sangat jujur, terbuka dan dia membuka hatinya untuk beberapa kali'.

"Jawapan saya mudah. Jika dia selalu bermain dengan saya, saya mempunyai hak untuk berkata 'tidak'," katanya.
Tags / Kata Kunci: Morgan Schneiderlin , Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan