Kerajaan Pulau Pinang Beri RM50,000 Kepada Faiz Subri

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 11:45 PM

Faiz disambut mesra oleh ibu dan bapanya, Subri Kader serta Sadiah Ishak setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Rabu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang pada Rabu mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi Selasa.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri amat berbangga dan gembira dengan pencapaian pemain tengah Pulau Pinang itu di peringkat antarabangsa.

"Ini kali pertama saya duduk semeja dengan pemenang Anugerah Puskas dan saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberi RM50,000 sebagai hadiah atas kejayaan Mohd Faiz," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Mohd Faiz yang ditemui pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Rabu berkata tumpuannya kini adalah untuk membantu pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super 2017.

Mohd Faiz berkata beliau akan lebih fokus terhadap latihan bersama pasukan Pulau Pinang agar dapat menampilkan prestasi terbaik dalam kempen Liga Super musim ini.

"Selepas ini, saya berharap dapat membantu Pulau Pinang dalam saingan Liga Super dan jika ada rezeki saya mahu menyarung jersi kebangsaan," katanya yang berazam untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan Pulau Pinang musim ini.

Jaringan menarik Mohd Faiz menerima undian sebanyak 59.46 peratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon - Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela iaitu 10.01 peratus.

Mohd Faiz melakar jaringan cantik menerusi sepakan percuma ketika Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 16 Februari tahun lepas.

Terdahulu, hampir 500 penyokong termasuk anggota keluarga Mohd Faiz menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Faiz Subri , Pulau Pinang

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan