Kunihiro Yamashita Bukan Pilihan Tan Cheng Hoe

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 10:11 AM

Kunihiro Yamashita (tengah) - gambar penyokong Kedah.

(Ubah saiz teks)

"TIDAK menepati ciri-ciri pertahanan yang diperlukan Kedah."

Itu komen Ketua Jurulatih skuad hijau kuning, Tan Cheng Hoe terhadap prestasi pemain import dari Jepun, Kunihiro Yamashita yang telah melalui sesi ujian bagi mengisi kekosongan pemain import pertahanan bagi musim ini.

Menurut Cheng Hoe, Yamashita yang pernah beraksi di Liga Myanmar gagal menarik perhatian barisan jurulatih dan pihak pengurusan selepas diberi peluang beraksi selama  45 ketika Kedah bertemu Terengganu di Stadium Mini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi Isnin lalu yang berkesudahan seri 1-1.

"Nampaknya kita terpaksa membawa pemain pertahanan lain untuk diuji. Kita perlu mendapatkan yang terbaik untuk mengisi kekosongan ini kerana terdapat banyak kelemahan di bahagian tersebut.

"Kita akan dapatkan yang terbaik sebelum Liga malaysia bermula. Selain perlu berusaha mengekalkan pencapaian tahun lalu kita juga mempunyai misi lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini.

"Kita minta penyokong untuk bersabar dan memberi masa kepada kita untuk mencari pemain pertahanan terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditnggalkan Bang Seung Hwan," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe berkata, barisan pemain Kedah juga perlukan masa untuk membina persefahaman lebih baik di atas padang khususnya dengan penyerang import baharu dari Denmark, Ken illso Larsen.

Jelasnya, berikutan itu, para pemain akan terus diberi peluang untuk beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan persahabatan menentang Felcra di Universiti Malaya pada Rabu malam.

"Walaupun pada beberapa perlawanan ujian kita terpaksa melalui tanpa pemain pertahanan import, tetapi pemain tempatan yang beraksi tidak mengecewakan saya serta ribuan peminat setia Kedah.

"Kalau pemain import pertahanan gagal tiba hari ini untuk beraksi pada perlawanan bertemu Felcra, saya akan pastikan dia berada di Alor Setar secepat mungkin untuk sesi ujian seterusnya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Piala Malaysia , Liga Super , Jepun

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan