The Bos Gaurus Kekal Beraksi Di Stadium Perak - PAFA

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 3:08 PM

GAMBAR FAIL

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perak(PAFA) mengesahkan bahawa Stadium Perak di Ipoh kekal sebagai venue rasmi skuad The Bos Gaurus bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini.

Setiausaha Kehormat PAFA merangkap Pengurus skuad Liga Super Perak, Datuk Jamal Mohd Aris dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut akan dijadikan venue rasmi pasukan berkenaan yang tersebar di laman sosial sejak kebelakangan ini adalah tidak benar.

"Skuad The Bos Gaurus akan kekal beraksi di Stadium Perak bagi musim 2017 manakala Stadium TLDM, Lumut dinamakan sebagai venue kedua bagi memenuhi syarat yang ditetapkan pihak FMLLP di mana setiap pasukan wajib menamakan venue utama dan venue alternatif," katanya.

FMLLP (Football Malaysia Limited Liability) merupakan pentadbir Liga Malaysia.

Sepucuk surat yang tertera logo Lembaga Kawalan Sukan TLDM (Lekas) tersebar di laman sosial penyokong Perak, semalam yang mendakwa PAFA memohon untuk beraksi di Stadium TLDM, Lumut memandangkan Stadium Perak akan ditutup bagi memberi laluan kerja naik taraf untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang bakal diadakan di negeri berkenaan.

Jamal dalam kenyataan yang sama turut menjemput peminat pasukan Perak hadir menyaksikan majlis pengenalan skuad utama pada 16 Januari ini bermula pukul 8 malam di Stadium Perak, Ipoh yang akan diserikan dengan perlawanan pertunjukan melibatkan pemain-pemain pasukan Perak musim ini bersama bekas pemain Perak seperti Ahmad Shahrul Azhar, Chan Kok Heng dan Datuk M. Karathu.

Skuad Liga Super Perak 2017 diperkuatkan dengan kehadiran dua bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT)iaitu Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin, bekas penyerang JDT II Mohd Zaquan Adha Abdul Razak dan bekas kapten Selangor, Muhammad Shahrom Abdul Kalam.

Perak turut mendapatkan khidmat bekas pemain import Melaka United, Yashir Pinto dari Palestin dan Vladislav Mirchev dari Bulgaria bagi mengisi kuota pemain import. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Jamal Mohd Aris , PAFA , The Bos Gaurus

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan