Man United Selangkah Ke Final Piala Liga

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 7:07 AM

Pemain Manchester United Marouane Fellaini (dua, kiri) meraikan gol kedua bersama rakan-rakan sepasukannya dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Hull City di Old Trafford, awal pagi Rabu. United menang 2-0. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United sudah melangkah satu kaki ke final Piala Liga Inggeris (Piala EFL) setelah berjaya menundukkan Hull City 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Old Trafford, awal pagi Rabu.

United sukar menembusi pertahanan rapat Hull di babak pertama menyebabkan permainan terikat dengan keputusan 0-0.

Pada babak kedua, kedua-dua pasukan cuba memperbaiki perlawanan dengan tampil lebih agresif.

Namun, keputusan memihak kepada United yang memecah kebuntuan gol melalui aksi Juan Mata pada minit ke-56.

Mata melakukan sepakan jarak dekat, memanfaatkan umpan Henrikh Mkhitaryan untuk menggegarkan gawang Hull. Gol pertama itu disambut tuan rumah dengan tepukan gemuruh.

United terus berupaya menyumbat masuk gol tambahan, tetapi sejumlah peluang yang dimiliki tidak mampu membolosi gawang Eldin Jakupovic yang juga tampil cukup impresif.

Tuan rumah terus unggul tiga minit sebelum wisel penamat dibunyikan melalui gol yang diperolehi Marouane Fellaini.

Fellaini memanfaatkan umpan silang Darmian dengan tandukan yang tak mampu diatasi Jakupovic, menjadikan United menang 2-0.

Keputusan ini sekali gus meringankan perjuangan United untuk menghadapi perlawanan kedua di markas Hull, 26 Januari ini.

Untuk rekod, United menang 12 kali dan tidak pernah kalah dalam 13 perlawanan terakhir mereka menentang Hull dalam semua pertandingan.


Tags / Kata Kunci: Piala Liga , Piala EFL

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan