Faiz Subri Terima Insentif RM150,000

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menerima insentif berjumlah RM150,000 sumbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di atas pencapaiannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi Selasa.

KBS menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin menyerahkan cek bernilai RM100,000 manakala FAM mengumumkan pemberian RM50,000 kepada Faiz pada sidang media sempena menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang Rabu.

"Sebelum masuk ke bilik ini, KBS telah menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Faiz," kata Khairy yang turut hadir menyambut ketibaan wira negara itu.

Pada masa sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah turut berkata menerusi perbincangan bersama Exco FAM, badan induk bola sepak negara itu bersetuju memberikan insentif RM50,000 sebagai menghargai sumbangan Faiz dalam mengharumkan nama negara.

Malah, katanya, FAM turut akan mempertimbangkan untuk mewujudkan kategori khas bagi jaringan tercantik pemain tempatan dalam anugerah bola sepak negara.

"Kita ada kategori dan tiada masalah, Insya-Allah kita akan pertimbangkan," katanya.

Sementara itu, Faiz berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada KBS dan FAM di atas pemberian insentif tersebut.

"Saya akan cuba lakukan yang terbaik pada musim 2017 dan bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Pulau Pinang," katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengundi beliau bagi anugerah tersebut.

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengundi saya begitu juga kepada rakan media yang tidak putus-putus mempromosikan undian kepada saya," katanya.

Terdahulu, Faiz tiba di KLIA menggunakan pesawat Emirates E346 dari Dubai kira-kira pukul 3.15 petang.

Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

Pemain berusia 30 tahun itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Faiz, yang meraih 59.46% undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.

Tags / Kata Kunci: Faiz Subri , Khairu Jamaluddin , KBS , FAM

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan