Terpulang Pada 'Depa' Nak Kata Apa - Faiz Subri

Diterbitkan: Rabu, 11 Januari 2017 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri enggan mengendahkan komen negatif segelintir individu yang mengkritik dirinya gagal bertutur dalam Bahasa Inggeris semasa berucap pada majlis berprestij di Zurich, Switzerland, awal pagi Selasa.

Sebaliknya, Faiz dalam keadaan tenang berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik dan terpulang kepada pengkritik untuk bercakap apa sahaja.

"Terpulang pada depa (pengkritik) nak kata apa pun tapi saya dah buat yang terbaik.

"Tak apalah nak cakap apa-apa pun," katanya pada sidang media sempena menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang Rabu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut mengecam tindakan segelintir individu yang mengkritik gaya pertuturan Faiz pada majlis berprestij dunia tersebut.

"Saya rasa bagi mereka yang mengkritik, mereka ini tak pernah menang di peringkat dunia.

"Jadi siapa sahaja yang buat kecaman benda remeh ini, dia patut lihat kepada pengiktirafan Faiz kepada Malaysia. Mereka tak pernah bagi sumbangan seperti apa yang Faiz dah buat," katanya.

Pada awal pagi Selasa, Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

Pemain berusia 30 tahun itu mengetepikan 2 lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Faiz menang selepas memperoleh 59.46% undi.

Di sebalik kemenangan itu, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengkritik Faiz kerana gagal berbahasa Inggeris dengan baik ketika menyampaikan ucapan selain tidak berbahasa Melayu.

Namun Faiz sudah memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Tags / Kata Kunci: Faiz Subri , Puskas 2016 , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan