Jaringan Sekali Dalam Seumur Hidup - KJ

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 merupakan satu pencapaian yang membanggakan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jaringan 'ajaib' Mohd Faiz yang mencetuskan fenomena sehingga mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak dalam dan luar negara itu adalah jaringan yang hanya hadir sekali dalam seumur hidup.

"So proud (Sungguh bangga). Tahniah, Faiz. Once in a lifetime goal (Jaringan sekali dalam seumur hidup)," katanya dalam laman Twitter.

Sementara itu, penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali yang turut meluahkan rasa bangga menyifatkan kejayaan itu membuktikan kemampuan dan kualiti yang dimiliki pemain tempatan untuk menghasilkan jaringan yang luar biasa serta berdiri sama taraf dengan pemain kelas dunia.

"Tahniah!!! Anda membuktikan pemain tempatan juga berkualiti... Satu penghargaan yang diimpikan buat semua pemain bola sepak dunia... untuk berada di sana bersama pemain kelas dunia dan memenanginya memang satu yang luar biasa.

"Saya tumpang bangga kerana anda adalah pemain tempatan dari Malaysia dan bukannya dari Argentina... I'm sorry Messi (Maaf Messi)," kata Safee dalam entri Facebooknya.

Jaringan menakjubkan Mohd Faiz itu menerima undian 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon - Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma ketika membantu pasukannya, Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada aksi Liga Super, 16 Feb tahun lepas.

Lebih manis, kejayaan pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu menjadikan beliau pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohd Faiz Subri , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan