Kerajaan Pulau Pinang Akan Beri Ganjaran Kepada Faiz - Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 3:03 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN:  Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang diumum awal pagi Selasa.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata perbincangan akan diadakan terlebih dahulu sebelum memutuskan apakah bentuk sumbangan sebagai menghargai jasa pemain tengah itu setelah mengharumkan nama negeri dan negara.

"Pencapaian Mohd Faiz adalah sesuatu yang unik kerana beliau merupakan rakyat Malaysia pertama berdiri di pentas yang disaksikan seluruh dunia (dalam bidang bola sepak).

"Ingin saya tegaskan, kejayaan Mohd Faiz adalah kerana kerja kuat, dedikasi dan disiplin beliau sebagai seorang pemain bola sepak dan ia bukanlah kerana hanya nasib," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Guan Eng berkata kejayaan Mohd Faiz juga diharap dapat dijadikan suntikan semangat dan contoh kepada generasi muda untuk kuat berusaha dalam mencapai kejayaan dalam apa juga bidang. -

Mohd Faiz dipilih sebagai antara tiga finalis anugerah berprestij itu yang berlangsung di Zurich, Switzerland, Isnin.

Jaringan yang disifatkan 'melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz, anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah, ketika membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Dua lagi calon bagi anugerah itu ialah Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , Mohd Faiz Subri

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan