Pengumuman Insentif Faiz Subri Pada Rabu - Hamidin

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)akan membuat pengumuman berhubung insentif kepada Mohd Faiz Subri yang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2016, pada Rabu.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin ketika berkata, pengumuman itu akan dibuat ketika menyambut kepulangan Mohd Faiz dari Zurich, yang dijadualkan pada 3.15 petang Rabu di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Faiz, 29, menerima pengiktirafan terbaik dalam kariernya itu selepas membuat jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, hasil keunikan sepakan percuma ketika membantu pasukan Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari lepas.

Dia juga berjaya mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negaranya.

Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi Ronaldo pada 2009. -Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , Insentif , Mohd Faiz Subri

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan