FAP Mahu Faiz Terus Fokus Latihan, Perlawanan

Diterbitkan: Selasa, 10 Januari 2017 5:51 PM

Faiz Subri menerima trofi daripada bekas pemain Brazil, Ronaldo selepas dinobatkan pemenang Anugerah Puskas, awal pagi Selasa. foto AFP

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berharap kejayaan merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 awal pagi Selasa, tidak akan mengubah Mohd Faiz Subri, sebaliknya kekal fokus sebagai pemain profesional.

Pengurus skuad Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata FAP sememangnya bangga dengan kejayaan Mohd Faiz merangkul anugerah itu, namun keutamaan dan fokus pasukan bukan pada anugerah tersebut tetapi persiapan menghadapi Liga-M.

"Walaupun ini adalah satu kejayaan besar dan kami semua bangga, fokus sebagai seorang pemain profesional adalah pada perlawanan.

"Seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, mereka pun bukan hari-hari joli selepas menang anugerah. Mereka akan fokus semula pada latihan dan perlawanan.

"Sebagai seorang profesional, Mohd Faiz pun faham benda ini. Pada hari dia berangkat ke Zurich, dia ada juga berlatih," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau berkata pihaknya turut akan cuba mengehadkan sambutan daripada pelbagai pihak yang mahu meraikan kejayaan dan kepulangan Mohd Faiz ke tanah air supaya tidak mengganggu fokus penyerang berusia 30 tahun itu pada latihan.

Zairil berkata kejayaan Mohd Faiz itu mengangkat bola sepak negara di persada dunia terutamanya Pulau Pinang dan kejayaan tersebut harus menjadi contoh kepada generasi muda khususnya pemain muda.

Ditanya kedudukan Mohd Faiz dalam kesebelasan utama Pulau Pinang, beliau berkata setiap pemain dalam pasukan itu perlu bersaing mendapat tempat dalam pasukan.

"Terpulang pada strategi, tak ada pemain yang ada tempat secara tetap dalam kesebelasan utama. Semua kena bersaing untuk tempat mereka," katanya.

Beliau berkata Mohd Faiz akan terus kekal bersama Pulau Pinang kerana kontraknya ada sehingga hujung tahun ini.

Mohd Faiz menerima pengiktirafan itu pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi Selasa.

Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon - Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAP , Faiz Subri , Puskas

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan