TRW Belum Cukup Kuat Beri Tentangan - Annuar

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 11:26 PM

Annuar Musa.

(Ubah saiz teks)

NILAI: "Skuad The Red Warriors (TRW) ketika ini masih belum cukup kuat memberi saingan kepada pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga-M)," akui bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa. 

Malah, menurutnya skuad itu perlu bergantung kepada pemain import untuk membantu melonjakkan nama pasukan selepas kehilangan beberapa pemain utama yang menyertai pasukan lain.

"Ramai pemain senior yang meninggalkan kita antaranya Muslim (Ahmad) dan Wan Zack Haikal, mereka ini perlu diganti dengan pemain berkualiti. 

"Kita tidak sempat untuk mendapatkan pemain tempatan kerana terlambat dan perlu bergantung kepada pemain import kerana dalam saingan bola sepak tempatan, khidmat mereka amat penting.  

"Walaupun ada yang berkata memadai dengan menggunakan pemain muda dari skuad Piala Presiden, pengalaman saya dalam arena bola sepak menunjukkan sukar untuk membentuk pasukan mantap dengan cara begitu," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan antara Mifa FC dan Kelantan di Stadium Universiti Islam Malaysia (USIM) di sini, Isnin. 

Mifa FC menundukkan Kelantan 2-0. 

Annuar berkata, skuad TRW perlu melengkapkan kuota empat pemain import bagi mengimbangi kehilangan pemain senior mereka itu. 

"Kalau tak masuk pemain import lagi berat. Bila masuk, kita boleh seimbangkan sikit dan sebab itu saya harap (skuad) dapat ambil pemain yang berkualiti," katanya. 

Mengulas mengenai jersi TRW, beliau berkata, skuad itu atas permintaan penaja akan kembali menggunakan warna tradisi iaitu merah putih sebagai jersi utama di tempat sendiri.

"Bagi jersi kedua, kita akan gunakan warna biru untuk perlawanan tempat lawan manakala warna oren bagi jersi ketiga. Kita akan lancarkan jersi ini pada 20 Januari ini," katanya. 

Sementara itu, Annuar yang juga Pengerusi RedONE dan Presiden Al Hamra Group yang menjadi penaja utama Kafa musim ini, berkata secara prinsipnya lapan syarikat bersetuju untuk membantu persatuan berkenaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, lima syarikat telah pun mengadakan rundingan manakala tiga lagi akan dilakukan secepat mungkin.

"Secara prinsip, lapan syarikat ini sudah bersetuju tapi belum tandatangani kontrak, saya mesti selesaikan sebelum 14 Januari ini dan saya hanya tinggal empat hari lagi.

"Kalau selesai, saya sasarkan untuk kumpulkan dana RM10 juta untuk Kafa," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: TRW

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan