Puskas: Hanya Selangkah Lagi Bagi Faiz

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejak Anugerah Puskas FIFA diwujudkan pada 2009, hanya tiga pemain Asia tersenarai dalam kalangan 10 calon teratas sebagai penerimanya.

Dan kini, pemain Malaysia, Mohd Faiz Subri, maju setapak lagi apabila tersenarai sebagai antara tiga pesaing teratas untuk memenangi anugerah itu.

Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, masing-masing tidak termasuk dalam senarai tiga pesaing teratas untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014.

Mohd Faiz bersaing dengan pemain Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan pemain wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez, untuk menjadi pemenang anugerah itu, yang diberi kepada penjaring gol paling cantik sepanjang 2016.

Selama ini, anugerah itu hanya dibolot pemain Eropah dan Amerika Selatan seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang itu dipilih sebagai antara calon untuk menerima anugerah berkenaan melalui satu perlawanan Liga Super menentang Pahang pada 16 Februari tahun lalu apabila bola tendangannya melencong masuk daripada satu sudut sukar ke penjuru kanan gawang dan sekali gus menyebabkan penjaga gol Pahang serta peminat bola sepak terpukau melihatnya.

Klip video jaringan ajaib Mohd Faiz itu, yang pertama kali dimuat naik FIFATV pada 21 November lalu melalui YouTube, setakat ini ditonton lebih 2.3 juta kali, manakala jaringan Marlone dan Rodriguez masing-masing ditonton hanya lebih sejuta kali.

Jaringan mereka mengetepikan gol yang dihasilkan bintang bola sepak seperti tendangan bebas jarak jauh oleh Lionel Messi ketika Argentina meraih kemenangan 4-0 pada perlawanan separuh akhir Copa America menentang Amerika Syarikat dan sepakan lambung Neymar ketika bermain untuk Barcelona menentang Villarreal.

Anugerah Puskas dijadual disampaikan di Zurich, Switzerland pada awal pagi Selasa waktu Malaysia pada upacara penyampaian Anugerah Bola Sepak Terbaik FIFA 2016.

Anugerah itu mengambil sempena nama lagenda bola sepak Hungary Ferenc Puskas, yang mencipta kejayaan besar bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan kehebatan pasukan Hungary pada era itu.

Pemain Portugal, Ronaldo, adalah penerima pertama anugerah itu pada 2009, disusuli pemain Turki, Hamit Altintop (2010), Neymar dari Brazil (2011), pemain Slovakia, Miroslav Stoch (2012), pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez dari Colombia (2014).

Pada 2015, pemain tidak terkenal dari Brazil, Wendell Lira, yang bermain untuk Club Goianesia, menjadi pemenang anugerah itu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohd Faiz Subri , FIFA , Puskas

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan