Chelsea Pertimbang Rayu Kad Merah Terry

Diterbitkan: Isnin, 9 Januari 2017 7:35 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA sedang mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan layangan kad merah terhadap kaptennya, John Terry ketika pasukan itu menewaskan Peterborough United 4-1 pada pusingan ketiga Piala FA Inggeris, awal pagi Isnin.

Terry yang beraksi buat pertama kalinya dalam tempoh dua bulan akibat kecederaan diarahkan keluar padang oleh pengadil Kevin Friend pada minit ke-67 selepas menjatuhkan Lee Angol untuk menghalang pemain itu daripada menjaringkan gol.

Namun pengurus Chelsea, Antonio Conte merasakan Friend melakukan kesilapan.

"Saya fikir ia bukan keputusan yang bagus oleh pengadil. Pertama kerana John tidak mengasari pemain lawan dan kedua, di belakang John ada (Branislav) Ivanovic.

"Mungkin kami akan membuat rayuan kerana John tidak sepatutnya menerima kad tersebut.

"Saya amat berbangga dengan John kerana dia mempamerkan komitmen yang tinggi dan banyak membantu saya semasa di bilik persalinan," kata Conte.

Ketika ditanya sama ada Terry akan ditawarkan kontrak baharu, Conte berkata keputusan itu hanya akan diputuskan pihak pengurusan tertinggi Chelsea.

Terdahulu, Chelsea mengesahkan kemaraan ke pusingan keempat Piala FA Inggeris menerusi empat gol dengan dua daripadanya disumbangkan Pedro Rodriguez dan masing-masing satu gol jaringan Michy Batshuayi dan Willian.

Dalam pertemuan itu, Conte melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama selepas tewas 2-0 pada pertengahan minggu lalu kepada Tottenham yang sekali gus menamatkan deretan 13 kemenangan kelab itu.

"Apabila anda melakukan sembilan pertukaran ia tidak mudah. Pemain muda membuktikan mereka semakin matang," kata Conte.

Tags / Kata Kunci: John Terry , Chelsea

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan