Jumlah Tontonan Jaringan Faiz Subri Tertinggi Menjelang Anugerah Puskas 2016

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 6:42 PM

Calon Anugerah Puskas Mohd Faiz Subri menggayakan persalinan Busana Tradisional Melayu berserta Tanjak Mahkota Alam yang diterima daripada Yang Dipertua Armada Malaiu Malaysia, Mass Ahmad Kamal baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya berbaki satu hari sebelum Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berlangsung, bilangan penonton video jaringan menakjubkan finalis Anugerah Puskas Fifa 2016, Mohd Faiz Subri terus mendahului dua pesaing lain.

Setakat 3 petang ini, video yang mula dimuat naik FifaTV di YouTube pada 21 November lepas terus mencuri tumpuan peminat apabila ia ditonton 2,362,950 kali.

Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Jaringan 'ajaib' Mohd Faiz yang mendapat perhatian dunia itu dilakukan ketika pasukannya Pulau Pinang meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada perlawanan Liga Super pada 16 Feb tahun lepas.

Video aksi Marlone ketika menjaringkan gol melalui sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, ditonton 1,474,416 kali.

Aksi memukau Daniuska menggelecek beberapa pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia sebelum menjaringkan gol pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun pula ditonton 1,157,572 kali di Youtube.

Anugerah Puskas dinamakan bersempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari tahun 1959 hingga 1966.

Sejak Anugerah Puskas FIFA diwujudkan pada 2009, hanya tiga pemain Asia tersenarai dalam kalangan 10 calon teratas sebagai penerimanya dan kini, pemain Malaysia, Mohd Faiz tersenarai sebagai antara tiga pesaing teratas untuk memenangi anugerah itu. 

Kumi Yokoyama dan Hisato Sato dari Jepun, masing-masing tidak termasuk dalam senarai tiga pesaing teratas untuk menerima anugerah itu pada 2010 dan 2014.

Selama ini, anugerah itu hanya dibolot pemain Eropah dan Amerika Selatan seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Faiz Subri , Puskas

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan