Jaringan Faiz Bukan Sekadar Nasib - Failee

Diterbitkan: Ahad, 8 Januari 2017 9:30 AM

Penyokong pemain tengah Pasukan Pulau Pinang, Faiz Subri menunggu ketibaan pemain itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gol luar biasa yang dilakukan Mohd Faiz Subri bukan berdasarkan nasib semata-mata tetapi teknik jaringan yang sering dipraktikkan pemain tengah Pulau Pinang itu ketika sesi latihan.

Perkara itu didedahkan oleh rakan sepasukannya Mohd Failee Mohamad Ghazli yang turut memuji sikap Mohd Faiz rajin berlatih lebih masa. 

Mohd Failee yang merupakan penyerang Pulau Pinang, berpendapat kepakaran Mohd Faiz dalam mengambil sepakan percuma lahir daripada latihan, bukan sekadar bernasib baik.

"Kami (rakan sepasukan) sering tengok Mohd Faiz melakukannya jaringan sebegitu dalam sesi latihan. Beliau ambil inisiatif sendiri dengan meneruskan latihan sepakan percuma selama 15 minit selepas sesi latihan sebenar tamat," kata pemain berusia 30 tahun itu kepada Bernama.

Mohd Faiz sendiri mengakui gol luar biasa yang dihasilkannya semasa perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada Februari lepas itu tercipta daripada teknik 'knuckleball', hasil latihan yang dilakukannya hampir saban hari. 

Mengulas lanjut, Mohd Failee berkata setiap pemain yang dipertanggungjawab mengambil sepakan percuma perlu mempunyai keyakinan tinggi agar tugas itu dapat dilaksana dengan sempurna.

Katanya apa yang dipamerkan oleh Mohd Faiz jelas menunjukkan keyakinan serta kemahuan rakan sepasukannya itu untuk mencipta sejarah yang di luar jangkaan.

Sementara itu, bapa kepada pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu, Subri Kader menyifatkan jaringan anaknya adalah hasil penat lelah Mohd Faiz sendiri yang sentiasa berusaha tanpa mengenal jemu.

Jaringan menakjubkan Mohd Faiz turut memikat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk membuat ulasan.

Menurut satu artikel yang disiarkan laman web Fifa yang memetik analisis Kerstin Wieczorek, seorang pengurus projek syarikat kejuruteraan di Jerman, bola mungkin disepak dengan bahagian sebelah luar kaki.

"Berdasarkan pergerakan bola yang mengeluk ke kanan, bola itu berputar mengikut arah jam daripada pandangan pemain, justeru beliau mungkin menggunakan bahagian sebelah luar kakinya untuk menyepak bahagian kiri bola itu.

"Putaran yang dibuatnya bukan sekadar membuatkan bola bergerak ke sisi tetapi juga menegak bagi membolehkannya menjunam sebaik tiba di pintu gol," katanya

Jaringan yang disifatkan melanggar hukum fizik' itu dilakukan Mohd Faiz ketika membantu skuad Harimau Kumbang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari tahun lepas.

Gol tersebut tersenarai sebagai antara tiga finalis untuk Anugerah Puskas Fifa 2016 yang akan diumum esok di Zurich, Switzerland. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Faiz Subri , Puskas

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan